
Manusia di ciptakan sebagai makluk yang cukup sempurna.
Di bekalkan dengan sistem sensor semula jadi bagi mengesan sebarang perubahan di sekeliling samada waktu jaga mahupun waktu tidur.
Bagi mengaktifkan sistem sensor semula jadi ini, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serta diamalkan. Di antaranya adalah;
1- Beriadah Fizikal.
2- Beriadah Mental.
3- Mengamalkan Diet pemakanan yang seimbang (Pemakanan Rohani dan jasmani)
4- Beristirehat atau mengamalkan tidur yang berkualiti.
5- Tinggal di persekitaran yang harmoni.
6- Bergaul dalam kejiranan yang positif
Kesinambungan ini amat perlu dalam membangun modal insan yang cemerlang demi kesejahteraan negara.
Melalui blog 'Body Treatment' ini, saya akan mengupas serta berkongsi idea, tips-tips kecemerlangan hidup serta pandangan-pandangan positif yang boleh kita manafaatkan bersama demi hidup yang lebih berkualiti.
Kita di utuskan kebumi ini sebagai seorang juara.
Untuk menjadi seorang juara, kita mesti mendapatkan yang terbaik serta berkualiti sesuai untuk sang juara.
Adakah hari ini kita mempunyai cukup waktu untuk memberi semangat serta melentur badan kita selari dengan perkembangan alamiah kita?
Rata-rata kita terlalu leka mengejar kerjaya dan membina kebanggaan material dan sekaligus alpa dalam membina stamina dan/atau semangat badan. Jesteru kerana itu kita sering mengalami tekanan "stress".
Sedarkah kita bahawa "stress" ini akan membawa kepada kehidupan yang tidak normal?
Salah satu alternatif untuk mengendurkan diri dari stress adalah dengan beriadah.
Lakukan aktiviti 'Riadah' ataupun 'senaman' yang bersesuaian dengan usia anda.
Riadah akan memberi getaran positif terhadap tubuh badan. Sistem pernafasan yang sempurna melalui riadah akan memberi kecerdasan kepada otak.
Gabungan sistem pernafasan yang sempurna dan juga gerak riadah yang selari walaupun hanya beberapa minit ianya akan memberi impak yang positif pada jasmani dan rohani.
Lakukan yang terbaik dan sayangi diri anda sendiri.
Yakin percayalah bahawa komponen yang membentuk diri anda tiada penggantinya.
Ikhlas dari saya.
No comments:
Post a Comment